Monday, December 24, 2012

Sebutir Mutiara

Assalamualaikum buat semua rakan blogger dan silent reader ku..ape khabar semua?harap semua sihat..sedar x sedar 2012 hampir melabuhkan tirainya..pelbagai suka duka yg pastinya setiap insan melaluinya..ada yg manis, ada yg pahit..bagi cik teratai itulah lumrah dunia..Allah menguji setiap hambanya dengan pelbagai ujian yang berbeza..jgn mudah melatah..dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..berdoa dan mengadu lah kepada Allah..tiada kata seindah doa dan juga tiada pendengar yg setia selain Allah swt..Tuhanku, ketika insan lain meninggalkan aku terkapai2 mencari sinar kehidupan dan kebahagiaan seperti insan lain, enggan pedulikanku, Engkau tetap setia disisiku dan menenangkan ku..
 
Dunia ibarat pengembaraan kehidupan yang pengembara nya akan melalui pelbagai rintangan kehidupan yang adakalanya jalan yang dilalui itu sangat indah dan ada kalanya pula jalan yg dilaluinya itu membuatkannya menangis..cekalkan hati insyallah akan ada sinar yang akan membuatkan pengembaranya tersenyum di penghujung pengembaraan.
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Aku bersyukur dengan rahmat yang Engkau berikan kepada ku..
Ya Allah, tabahkan hati hamba Mu yang lemah lagi hina ini..
Aku bagaikan sebutir pasir yang lemah kerdil tiada bermaya..
Hanya padaMu aku bermohon..amin ya rabbal alamin..