Friday, June 29, 2012

Entry Jumaat 290612

Salam jumaat buat semua..alhamdulillah sedar x sedar Jun sudah pun di penghujungnya dan Julai bakal menjelma dan bermula la bulan Ramadhan yang dinanti2kan oleh semua umat Islam..bulan yang penuh dengan rahmat dan barakah..harap ramadhan kali ni ada sinar baru buat cik teratai...syukur alhamdulillah cik teratai bahagia disisi MHM..tatkala entry ini ditulis , cik teratai rindu sgt2 kat org jauh..kat my mr. MHM..

Tuesday, June 26, 2012

Hanya Semut Kecil

Salam all..entry di hujung bulan jun..cik teratai dalam mood kepenatan..baru je habis audit pensijilan 5S oleh MPC..alhamdulillah perjuangan sekian lama akhirnya kami berjaya juga dapat pensijilan tu. Dalam pengembaraan kehidupan bermacam2 yang perlu kita lalui..ada yang mendewasakan kita dan ada jua perkara dan perasaan yang kadang-kala kita rasa seakan2 ingin kembali ke dunia kanak2 tanpa memikirkan segalanya..itulah lumrah kehidupan..ape pasti berpijak lah dibumi yang nyata..sifat angkuh,sombong dan berbangga diri bukan sifat cik teratai..kerana bagi cik teratai kita semua ni sama je sebagai hamba Allah yang beragama Islam dan taat pada perintahNya..andai rezeki cik teratai menjadi permaisuri  MHM cik teratai akan sama2 melalui liku2 kehidupan bersamanya, cik teratai mahu hidup secara low profile sahaja..x perlu berbangga diri siapa kita..cik teratai ada skodeng fb beberapa org (tapi x add pun) yang kebanyakannya berbangga dgn status diri isteri si polan  itu yg pangkatnya itu ini, macam2 seolah2 berlumba untuk menunjukkan siapa paling hebat didalam sesuatu kawasan/community itu..to MHM, jgn risau ye..cik teratai bukan begitu..biar kita merendah diri dan hidup low profile saja sudah asalkan kita bahagia..En. Cinta Hati saya MHM ilusm..only u in my heart until my last breath..


Si Penggubah Bunga,
-Cik Teratai-

Thursday, June 21, 2012

Entry Melalut

Salam 1 Syaaban..mutiara jernih mengalir di pagi 1Syaaban diiringi hujan membasahi bumi seakan2 turut sama mengetahui apa yang cik teratai rasa..
Saya sangat2 STRESS..
-sekian-

Wednesday, June 20, 2012

Pengembaraan Kehidupan

Salam semua..alhamdulillah hari ni kita sudah pun berada pada 19 Jun 2012 bersamaan 29 Rejab 1433h..semoga kalian semua diberi kesihatan yang baik dan sempurna olehNYA..x lama lagi  Rejab akan meninggalkan kita kemudian syaaban menjelma dan seterusnya Ramadhan..berharap agar Ramadhan kali ini akan lebih sinar buat cik teratai daripada tahun lepas..pengembaraan kehidupan..apepun yang berlaku kita sebagai umatnya harus meneruskan kehidupan walaupun pelbagai cabaran..maaf jika entry cik teratai bulan jun penuh emosional..tatkala entry ini ditulis mutiara jernih mengalir di pipi..perempuan,bukan menangis kerana lemah tetapi sedang bangun untuk mencari kekuatan..pengembaraan kehidupan bermacam2 dugaan yang perlu kita temmpuhi untuk sampai ke penghujung kehidupan..berdoa kepada Allah semoga cik teratai diberi ketabahan untuk meneruskan liku2 pengembaran kehidupan ini. ketahuilah bahawa hati ini hanya untukmu dan kesetiaan ku hanya padamu seorang sayang...imusm MHM..

Tuesday, June 12, 2012

eNTRY jUN LAGI

Tahan la air mata mu dan berikan senyuman walaupun hatimu sedang menangis..kerana Allah tahu dirimu kuat..sabar dalam menempuhi segalanya kerana insyallah akhirnya akan terukir sebuah senyuman..

Entry Jun

Syukur alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan pengembaraan kehidupan ini yang cik teratai tidak tahu bagaimana penghujungnya dan adakah cik teratai diberi peluang oleh Allah untuk mengecapi saat bahagia sama seperti insan lain..tipu la kalau cik teratai bgtau xnak bahagia kan..semua org ingin kan kebahagiaan..kita sebagai manusia hanya mampu berdoa kepada Allah semoga diberi kebahagiaan yang sempurna agar terukir  senyuman dibibir...cik teratai akan berbicara disini lgpun dah lama blog cik teratai ini ditinggalkan..berhabuk sudaaa...

Monday, June 4, 2012

Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012


Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu (6 Jun 2012)

Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib.

"Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria, orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari.Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.

Syed Kamarulzaman berkata sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.

Peluang lihat planet Zuhrah

GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.

Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.

Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.

"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat “khusuf” berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.