Assalamualaikum buat rakan
blogger dan juga silent reader ku..23/10/2012 1437h..dah lama cik teratai x update blog kan..kekangan masa + kena kursus + macam2 hal..cik teratai pun macam org lain juga..ada kehidupan, ada hati, perasaan seperti insan lain..cik teratai manusia, hamba Allah dan bukan seekor binatang seperti lembu..binatang dan manusia adalah berbeza..kalau org marah kita, sakitkan hati kita, hamburkan dengan kata2 kesat, cik teratai akan diamkan diri dan cuba memujuk diri sendiri..tapi ada kalanya kata2 tersebut tersemat dihati sehingga melukakan hati yang halus dan mutiara jernih jatuh ke bumi..apepun doakan cik teratai kuat dan tabah menghadapi semua ni..walau mcm mana sakit hati ini,walau mcm mana byk mutiara jernih mengalir di pipi, x kan sekali2 cik teratai menunjukkan kesedihan, dan mutiara jernih mengalir di depan ibuku..biarlah ku hadapinya seorang diri..
wasalam..
melarik tinta hati terluka..
cik teratai..
Tuesday, October 23, 2012
Friday, October 19, 2012
Hati Perasaan dan Kehidupan
Assalamualaikum buat rakan blogger dan juga silent reader ku..entry 19/10/2012 1600h..tika dan saat ini cik teratai masih di office..hujan lebat membasahi bumi Allah yang tercinta..bila sang suria muncul nanti akan kering lah air hujan yang membasahi bumi ini..tapi bagaimana pula dengan hati yang menangis..ketika aku cuba menguatkan hati dan perasaan ku, Allah datangkan ujian kepada ku..dicaci dan dihina sehingga tersentuh hatiku yang halus..ku sedar diri ini..Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..aku tiada siapa2 melainkan Engkau Ya Allah..aku bermohon kepadamu, tabahkanlah hatiku,kuatkan semangat ku untuk menempuhi segalanya..
with love,
cik teratai..
Ketika
aku memohon kekuatan, Allah berikan aku kesulitan sehingga aku
kuat,
Ketika
aku memohon kebijaksanaan, Allah berikanku masalah untuk
dipecahkan,
Ketika
aku memohon kesejahteraan, Allah berikanku akal untuk
berfikir,
Ketika
aku memohon keberanian, Allah berikanku bahaya untuk
diatasi,
Ketika
aku memerlukan cinta, Allah berikanku orang bermasalah untukku
bantu,
Ketika
aku mohon bantuan, Allah berikanku kesempatan,
Ketika
aku tidak pernah menerima apa yang ku minta, aku menerima apa yang aku
perlukan.
-Imam
Ghazali-
Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah..Andai kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah Al-Quran..Andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakal kepada Allah dengan penuh kesabaran..teguhkanlah keyakinan kepadaNYA..aku hanya mampu berdoa kepada mu Ya Allah..walau macam mana sedih pun, ku xkan menitiskan air mata di depan ibuku yang tercinta..biarlah cik teratai menangis dan bersedih seorang diri kerana aku x kan sekali-kali membuatkan ibu ku turut menangis bersama ku..
with love,
cik teratai..
Wednesday, October 17, 2012
Oh My...Pelan Lantai Office..
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua blogger dan juga silent reader sesuci kasih..entry petang rabu 17/10/2012...oh my pelan lantai...hukhuk..dan rupa pelukis pelan la plak..banyak tu nak kena buat..b4 diz cik teratai yang buat..tp hari ni kami ahli zon bergandingan bahu membuat pelan lantai ni..termasuk la kak safa, faizah and the gang..tetiba teringat plak kat ex ahli zon wawsan yang dah transfer ke s.alam...sape la, kak ariena la..poning pale kan kak klu kena wat pelan lantai ni..ingat x zaman dolu2 masa wat pelan lantai wawasan..mau pecah otak..cam tu la skrg ni..huhuhuhu...apepun, keja kena diteruskan...
hambik kau..banyak kan..huahuahua...esok lusa cik teratai kena kursus plak...alahai..kursus lagik..nak mintak org lain replace boleh x?hehehehehe...
with love,
cik teratai
hambik kau..banyak kan..huahuahua...esok lusa cik teratai kena kursus plak...alahai..kursus lagik..nak mintak org lain replace boleh x?hehehehehe...
with love,
cik teratai
Luka, Dilukai, Terluka
Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku...pagi rabu 17/10/2012..mood hari ni pepagi lagi nak update blog..entry panas ni..luka, dilukai, terluka..perkataan yang sama,tetapi membawa maksud yang berlainan kan..perjalanan kehidupan tak semestinya tiada onak dan duri..apepun semua itu akan mematangkan diri kita untuk menjadi seorang insan yang lebih kuat..
perjalanan kehidupan ada kalanya terlalu susah untuk kita lalui tapi apepun kita perlu tempuhinya meski pun terpaksa melalui onak dan ranjau berduri yang akdang kala akan membuatkan diri kita terluka..
ada kalanya pula kita menangis di pertengahan jalan..hujan di luar tak akan sama dengan hujan di hati seorang insan..kuatkan semangat, tempuhinya dengan redha..walaupun hujan, kita kena juga laluinya juga kerana tanpa mengharungi hujan, kita tak akan tau cara nak menghadapinya..
Dengan berkat kesabaran dan izin Allah swt, segala kesusahan melalui jalan yang berliku, mengharungi hujan, dan onak yang berduri, semua dugaan perjalanan itu insyallah akan ada sinar di kemudian hari..
dengan doa dan juga Al-Quran insyallah hati kita menjadi tenang dan tabah kerana Al-Quran itu memecahkan hati yang keras dan memulihkan hati yang terluka..
Doakan cik teratai lulus exam KPSL nov ni yer..hehehe..(^_*)
-merindui insan jauh, mr. MHM..-
with love,
cik teratai..
Tuesday, October 16, 2012
Meeting dan 5S
Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..selasa 16/10/2012..hari ni cik teratai meeting dari kul 9am sampai 12pm tuh..huhh..lama sgt..almost 3 hours..tp adat la kan, 2 meeting sekali..macam2 agenda ada..semuanya tentang dapatan audit dalaman 5S yang lepas..dulu nak pensijilan 5S, sekarang ni pensijilan semula plak..huahuahua..apepun, dah namanya tugas dan sain surat akur janji kan..so enjoy la dgn keja2 yang dah diarahkan..hehehehehe..
taraaaa...ni la dia sijil 5S yang dah ofce cik teratai dapat..tunggu taun depan plak pensijilan semula 5S ni..tapi skop kawasan makin luas..sebab termasuk bangunan baru insyallah akan dirasmikan oleh Naib Canselor kami, Dato' Sahol Hamid penghujung taun ni..haaaa, makin banyak kojer nak kena buat..cik teratai plak dilantik jadik Jawatankuasa Hiasan Dalaman..hukhuk...terbatuk plak..macam la cik teratai ni pandai sgt hias2 kan..setiap kali ada je function kat ofce ni nama cik teratai mesti akan terselit Ajk Keceriaan ke, Ajk hiasan dlaman ke dan seangkatan dengannya...huhh...bagi Perasmian Pl ni terasa berat jugak bahu nak pikul ni..semoga Allah permudahkan segalanya..aminnn...jom cuci mata tgk bangunan baru ofce cik teratai..cewahhh..promote plak aku ni..hehehehehe...
bangunan biru ni ofce lama cik teratai..tapi still digunakan lagi
yang ni plak ofce baru cik teratai..banyak ooo nak wat pelan lantai for 5S
ni pandangan dari sisi
tu la ofce cik teratai...sekian..esok sambung lagik..hehehe...

Monday, October 15, 2012
Secawan NESCAFE
Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..hujan tanpa henti hari ni..ape lagi, jom minum secawan nescafe + pisang goreng.. cik teratai mmg jarang sgt lunch..lebih suka stay kat ofce dan minum nescafe..geng cik teratai of course le puan salina..kalau zaman dulu2 best sgt..ada geng nescafe..geng ni tetiap ptg akan buat nescafe, mkn kuih2 or pisang goreng...tiap2 bulan siap buat collection kelab minum ptg lagik utk beli nescafe, gula, dan lain2 keperluan pantry..hehehhe..best sgt masa tu..tp sekarang tinggal cik teratai dgn puan salina je..sebab geng nescafe ada yg dah pencen, ada yg transfer ke s.alam..lagipun sekarang ni cik teratai dah pindah ke ofce baru, terpisah la dgn ofce puan salina, tapi x lah jauh sgt..lunch hour kami jumpa la kat ofce puan salina..hehehehe...
mood : merindui en. cinta hatiku Mr. MHM.. ;(
with love,
cik teratai
mood : merindui en. cinta hatiku Mr. MHM.. ;(
with love,
cik teratai
Entry Kedua di Kala Hujan Lebat
Assalamualaikum..entry kedua di hari isnin ni..mood : bosan, hari hujan yang tak berhenti2 dari tadi..bila cuaca sejuk makanya mata pun semakin rapat..so, untuk mengelakkan terus mengantuk jadi cik teratai update blog..hehehehe..kali ni cik teratai nak citer plak pasal my admire..hahhaha..admire la sgt..cik teratai mmg suka ikuti perkembangan dia lagi2 dalam masterchef celebriti..tapi apakan daya rezeki tidak berpihak kepada dia..nak tau sape yang cik teratai maksudkan? taraaa.. Mejar (Dr) Faiz Khaleed..tapi apepun Kapt. (Dr) Mohd Hafiz Mohammad tetap dihati cik teratai...hehehe..
with love,
cik teratai
with love,
cik teratai
Entry di Pagi Isnin..
Assalamualaikum buat rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..pagi isnin 15/10/2012..alhamdulillah hujan membasahi bumi Allah pagi ni..syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dengan udara yang segar kurniaan Allah s.wt. Pagi ni cik teratai terbaca satu post di forum yang tetiba menarik minat cik teratai utk share disini..lain org mungkin lain pendapat kan..ape pun berbalik kepada diri kita sendiri sebenarnya..ayat2 yang cik teratai quote dari forum tersebut..
"Perempuan yang bercinta/berkahwin dengan tentera ibarat bercinta/berkahwin dengan kerjayanya.."
Kalau nak di citer pasal kerjaya, setiap kerjaya pasti ada cabaran dan juga kesibukannya..cam cik teratai, ada masanya kita perlu balik lewat juga atas tuntutan kerja..x kisah la army ke, ape ke, semuanya ada tugas yang tersendiri..so, fikir2 kan lah..
To my beloved Mr. MHM, saya terima awak seadanya..Menerima kelemahan & kekurangan abg adalah kekuatan & kelebihan bagi syg..sebab manusia tak akan ada yg sempurna..terima kasih sebab hadir dalam hidup syg.. (^_*)
with love,
cik teratai..
Monday, October 8, 2012
Friday, October 5, 2012
Aku Hanya Insan KerdiL..
Jangan pisahkan kesetiaan dan kejujuran itu sebab keduanya saling memerlukan..dan Cinta lah yang menyatukan kedua keduanya..Dan jujurlah untuk kesetiaan itu..kerana kejujuran, kesetiaan,keikhlasan dan kebenaran akan sendirinya muncul..sebagai insan kita hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t..
Jalan Kehidupan..
Assalamualaikum w.b.t buat rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..
Segala puji-pujian bagi Allah yang hanya layak disembah oleh sekalian alam..pagi Jumaat yang menyimpan seribu satu kehidupan seorang insan..alhamdulillah hari ni masih diberi nafas untuk terus menulis di blog yang kian usang..dugaan dan cabaran tidak akan lari dari kehidupan seorang hamba Allah..Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab..ujian yang mendatang tanda kecintaan Allah pada makhluknya..pengembaraan kehidupan yang selalu diuji dengan pelbagai macam ujian..
Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta untuk hambanya..itulah tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tidak pernah meninggalkan kita sendirian..
Ya Allah Ya Maha Pengampun, Maha Pengasih dan hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya..bantulah hambamu ini Ya Allah..Aku tiada siapa-siapa kecuali Allah dihatiku..tapi kau datang dengan cahaya..aku ingin menjadi yang halal bagimu yang akan kau kucup keningnya, kau hapus air matanya..

kecewa..
sedih..
takut..
sudah lumrah
Kehidupan ini sememangnya satu medan ujian yang bukan sahaja dirasai oleh cik teratai senndiri, mungkin kalian juga sama..Dunia adalah sebuah persinggahan dalam kehidupan dan ianya hanya pinjaman..bertawakal dan berserah kepada Allah..doa adalah ubat yang paling mujarab bagi segalanya..bersabarlah atas segala ujian dan cabaran bagi meneruskan liku-liku kehidupan..
Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta untuk hambanya..itulah tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tidak pernah meninggalkan kita sendirian..
Ya Allah Ya Maha Pengampun, Maha Pengasih dan hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya..bantulah hambamu ini Ya Allah..Aku tiada siapa-siapa kecuali Allah dihatiku..tapi kau datang dengan cahaya..aku ingin menjadi yang halal bagimu yang akan kau kucup keningnya, kau hapus air matanya..
with love,
cik teratai..
Wednesday, October 3, 2012
Solat Istikharah..bukan Istikharah Cinta..
Wahai hati yang resah..fikiran yang bercelaru...tenanglah, tenanglah...buatlah solat istikharah.. Lakukanlah samaada sebelum kamu tidur .. atau bangun sebelum subuh. Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan..insyaAllah...akan diberi petunjuk...dan apabila kamu telah diberikan petunjuk..ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat...pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya...
cara buat solat istikharah
Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
with love,
cik teratai..
Monday, October 1, 2012
Jalan C.I.N.T.A
Salam dan selamat petang rakan-rakan blogger ku dan juga silent reader sekalian...erm..korang pernah dengar tak CINTA BUTTERFLY? cik teratai baru je tgk video clip diorg..cinta antara taqiuddin & nazuha..unik dan menarik kisah cinta mereka..kisah cinta cik teratai dgn mr. MHM a.k.a cinta hatiku pun menarik juga..semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami dan satukan hati kami berdua..ameenn ya rabbal alameenn...
dalam perhubungan jarak jauh ni, banyak dugaan dan cabarannya..yang penting, hati dan fikiran kena matang dan always think +..sini cik teratai nak share beberapa tips dalam perhubungan..
* Hormat keluarga sendiri dan juga keluarga bf kita a.k.a mr MHM
Nak tau kenapa cik teratai berkata begitu?sebab once kita dah terima pasangan kita, bermakna kita terima juga family pasangan kita..jangan ada jarak perbezaan antara family dia dan kita..x mo lah banding2 kan family dia dgn kita..yang penting kita sebagai menantu kena hormat family dia..but yang paling penting adalah restu keluarga..alhamdulillah keluarga merestui hubungan cik teratai dgn mr. MHM..
* Amalkan 3K - Kesetiaan ,Kejujuran, Kepercayaan
Dalam sesuatu hubungan 3K ni amat penting..lagi2 bagi pasangan yang jarak jauh a.k.a PJJ..Pasangan perlu lah saling mempercayai antara satu sama lain..cam cik teratai, bila nak keluar dari rumah cik teratai akan bgtau pada mr. MHM ke mna arah tuju ku, nak buat ape, dengan siapa..ini untuk membiasakan diri meminta izin daripada dia supaya nanti bila dah kahwin jadi amalan kita sebagai seorang isteri meminta izin dari suami bila nak keluar rumah..tol x mr. MHM (klu dia ada baca blog cik teratai ni mesti tersenyum yer mucuk2..)
* Bila bercinta dengan army
erm..kenapa cik teratai berkata begitu?sebab army tak cam kita yang keja waktu pejabat isnin-jumaat 8am-5pm..balik umah tak hingat hal keja..tapi army diorg keja almost 24h kena stand by..klu keja departmnt cam my mr. MHM..sabtu ahad pun kadang2 kena keja..malam pula, cik teratai bagi masa dan ruang untuk dia siapkan keja (walaupun kadang2 cik teratai ganggu jugak dia wat keja, msj,col..hikhik..sebab R.I.N.D.U..) kalau dia balas mesej kita tu lambat sikit, faham la..mungkin dia ada keja nak siapkan sebagai contoh, basuh baju ke, basuk moto ke, kemas rumah ke..yang penting kita sebagai perempuan jangan cepat melenting..always think positive..
* Bertolak ansur dengan pasangan
Ni pun penting juga..sebab dalam perhubungan tolak ansur ni amat2 lah pentingnya..kalau tiada tolak ansur, rosak hubungan..kadang-kala diorg ni pun ada jugak tension kat tempat keja, or so on..jadi kita kena la bagi semangat kat diorang..
oklah cukup sampai sini je cik teratai membebel di kala petang..nanti kita sambung lagik yer..
terima kasih ya Allah atas kebahagiaan yang telah engkau beri kepada kami hambamu ini Ya Allah..satukanlah hati kami berdua ke arah jalan yang engkau redhai Ya Allah..

Lirik Lagu Sherina – Jalan Cinta
Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Butir air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu….oo… Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu…oo… Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita…

Kehidupan seorang Manusia
Salam dan selamat tengahari kepada rakan-rakan blogger dan silent reader sekalian..Hari ni 1 oktober 2012..sekejap je masa berlalu kan..dah bulan 10..tinggal 2bulan je lagi nak menghabiskan tahun 2012..then masuk 2013..2013?masyallah..jika diberi keizinan dan keredhaan oleh mu Ya Allah, insyallah sy bakal menjadi seorang isteri kepada cinta hatiku mr. MHM..maka akan bermulalah a journey to be an army wife pasni..hikhikhik..perlu bersedia dari sekarang untuk menjadi seorang isteri..mukan mudah untuk kita lalui semua tu..sebagai seorang manusia, bermacam2 cabaran yang perlu kita tempuh..
"Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang Hamalatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi, seorang anak yang solehah buat kedua ibu bapa ku dan seorang isteri,makmum yang solehah buat bakal suamiku.. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.."

Subscribe to:
Posts (Atom)