Monday, December 24, 2012

Sebutir Mutiara

Assalamualaikum buat semua rakan blogger dan silent reader ku..ape khabar semua?harap semua sihat..sedar x sedar 2012 hampir melabuhkan tirainya..pelbagai suka duka yg pastinya setiap insan melaluinya..ada yg manis, ada yg pahit..bagi cik teratai itulah lumrah dunia..Allah menguji setiap hambanya dengan pelbagai ujian yang berbeza..jgn mudah melatah..dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..berdoa dan mengadu lah kepada Allah..tiada kata seindah doa dan juga tiada pendengar yg setia selain Allah swt..Tuhanku, ketika insan lain meninggalkan aku terkapai2 mencari sinar kehidupan dan kebahagiaan seperti insan lain, enggan pedulikanku, Engkau tetap setia disisiku dan menenangkan ku..
 
Dunia ibarat pengembaraan kehidupan yang pengembara nya akan melalui pelbagai rintangan kehidupan yang adakalanya jalan yang dilalui itu sangat indah dan ada kalanya pula jalan yg dilaluinya itu membuatkannya menangis..cekalkan hati insyallah akan ada sinar yang akan membuatkan pengembaranya tersenyum di penghujung pengembaraan.
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Aku bersyukur dengan rahmat yang Engkau berikan kepada ku..
Ya Allah, tabahkan hati hamba Mu yang lemah lagi hina ini..
Aku bagaikan sebutir pasir yang lemah kerdil tiada bermaya..
Hanya padaMu aku bermohon..amin ya rabbal alamin..



 

Tuesday, October 23, 2012

Aku dan Kehidupan ini

Assalamualaikum buat rakan blogger dan juga silent reader ku..23/10/2012 1437h..dah lama cik teratai x update blog kan..kekangan masa + kena kursus + macam2 hal..cik teratai pun macam org lain juga..ada kehidupan, ada hati, perasaan seperti insan lain..cik teratai manusia, hamba Allah dan bukan seekor binatang seperti lembu..binatang dan manusia adalah berbeza..kalau org marah kita, sakitkan hati kita, hamburkan dengan kata2 kesat, cik teratai akan diamkan diri dan cuba memujuk diri sendiri..tapi ada kalanya kata2 tersebut tersemat dihati sehingga melukakan hati yang halus dan mutiara jernih jatuh ke bumi..apepun doakan cik teratai kuat dan tabah menghadapi semua ni..walau mcm mana sakit hati ini,walau mcm mana byk mutiara jernih mengalir di pipi, x kan sekali2 cik teratai menunjukkan kesedihan, dan mutiara jernih mengalir di depan ibuku..biarlah ku hadapinya seorang diri..

wasalam..

melarik tinta hati terluka..
cik teratai..

Friday, October 19, 2012

Hati Perasaan dan Kehidupan

Assalamualaikum buat rakan blogger dan juga silent reader ku..entry 19/10/2012 1600h..tika dan saat ini cik teratai masih di office..hujan lebat membasahi bumi Allah yang tercinta..bila sang suria muncul nanti akan kering lah air hujan yang membasahi bumi ini..tapi bagaimana pula dengan hati yang menangis..ketika aku cuba menguatkan hati dan perasaan ku, Allah datangkan ujian kepada ku..dicaci dan dihina sehingga tersentuh hatiku yang halus..ku sedar diri ini..Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..aku tiada siapa2 melainkan Engkau Ya Allah..aku bermohon kepadamu, tabahkanlah hatiku,kuatkan semangat ku untuk menempuhi segalanya..



Ketika aku memohon kekuatan, Allah berikan aku kesulitan sehingga aku kuat,

Ketika aku memohon kebijaksanaan, Allah berikanku masalah untuk dipecahkan,
Ketika aku memohon kesejahteraan, Allah berikanku akal untuk berfikir,
 
Ketika aku memohon keberanian, Allah berikanku bahaya untuk diatasi,
 
Ketika aku memerlukan cinta, Allah berikanku orang bermasalah untukku bantu,
Ketika aku mohon bantuan, Allah berikanku kesempatan,
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang ku minta, aku menerima apa yang aku perlukan.

-Imam Ghazali-
 
 


Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah..Andai kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah Al-Quran..Andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakal kepada Allah dengan penuh kesabaran..teguhkanlah keyakinan kepadaNYA..aku hanya mampu berdoa kepada mu Ya Allah..walau macam mana sedih pun, ku xkan menitiskan air mata di depan ibuku yang tercinta..biarlah cik teratai menangis dan bersedih seorang diri kerana aku x kan sekali-kali membuatkan ibu ku turut menangis bersama ku..

with love,
cik teratai..


Wednesday, October 17, 2012

Oh My...Pelan Lantai Office..

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua blogger dan juga silent reader sesuci kasih..entry petang rabu 17/10/2012...oh my pelan lantai...hukhuk..dan rupa pelukis pelan la plak..banyak tu nak kena buat..b4 diz cik teratai yang buat..tp hari ni kami ahli zon bergandingan bahu membuat pelan lantai ni..termasuk la kak safa, faizah and the gang..tetiba teringat plak kat ex ahli zon wawsan yang dah transfer ke s.alam...sape la, kak ariena la..poning pale kan kak klu kena wat pelan lantai ni..ingat x zaman dolu2 masa wat pelan lantai wawasan..mau pecah otak..cam tu la skrg ni..huhuhuhu...apepun, keja kena diteruskan...


hambik kau..banyak kan..huahuahua...esok lusa cik teratai kena kursus plak...alahai..kursus lagik..nak mintak org lain replace boleh x?hehehehehe...


with love,
cik teratai

Luka, Dilukai, Terluka

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku...pagi rabu 17/10/2012..mood hari ni pepagi lagi nak update blog..entry panas ni..luka, dilukai, terluka..perkataan yang sama,tetapi membawa maksud yang berlainan kan..perjalanan kehidupan tak semestinya tiada onak dan duri..apepun semua itu akan mematangkan diri kita untuk menjadi seorang insan yang lebih kuat..

perjalanan kehidupan ada kalanya terlalu susah untuk kita lalui tapi apepun kita perlu tempuhinya meski pun terpaksa melalui onak dan ranjau berduri yang akdang kala akan membuatkan diri kita terluka..

ada kalanya pula kita menangis di pertengahan jalan..hujan di luar tak akan sama dengan hujan di hati seorang insan..kuatkan semangat, tempuhinya dengan redha..walaupun hujan, kita kena juga laluinya juga kerana tanpa mengharungi hujan, kita tak akan tau cara nak menghadapinya..
Dengan berkat kesabaran dan izin Allah swt, segala kesusahan melalui jalan yang berliku, mengharungi hujan, dan onak yang berduri, semua dugaan perjalanan itu  insyallah akan ada sinar di kemudian hari..
dengan doa dan juga Al-Quran insyallah hati kita menjadi tenang dan tabah kerana Al-Quran itu memecahkan hati yang keras dan memulihkan hati yang terluka..

Doakan cik teratai lulus exam KPSL nov ni yer..hehehe..(^_*)

-merindui insan jauh, mr. MHM..-

with love,
cik teratai..

Tuesday, October 16, 2012

Meeting dan 5S

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..selasa 16/10/2012..hari ni cik teratai meeting dari kul 9am sampai 12pm tuh..huhh..lama sgt..almost 3 hours..tp adat la kan, 2 meeting sekali..macam2 agenda ada..semuanya tentang dapatan audit dalaman 5S yang lepas..dulu nak pensijilan 5S, sekarang ni pensijilan semula plak..huahuahua..apepun, dah namanya tugas dan sain surat akur janji kan..so enjoy la dgn keja2 yang dah diarahkan..hehehehehe..


taraaaa...ni la dia sijil 5S yang dah ofce cik teratai dapat..tunggu taun depan plak pensijilan semula 5S ni..tapi skop kawasan makin luas..sebab termasuk bangunan baru insyallah akan dirasmikan oleh Naib Canselor kami, Dato' Sahol Hamid penghujung taun ni..haaaa, makin banyak kojer nak kena buat..cik teratai plak dilantik jadik Jawatankuasa Hiasan Dalaman..hukhuk...terbatuk plak..macam la cik teratai ni pandai sgt hias2 kan..setiap kali ada je function kat ofce ni nama cik teratai mesti akan terselit Ajk Keceriaan ke, Ajk hiasan dlaman ke dan seangkatan dengannya...huhh...bagi Perasmian Pl ni terasa berat jugak bahu nak pikul ni..semoga Allah permudahkan segalanya..aminnn...jom cuci mata tgk bangunan baru ofce cik teratai..cewahhh..promote plak aku ni..hehehehehe...





                                          
                                     bangunan biru ni ofce lama cik teratai..tapi still digunakan lagi
                                  yang ni plak ofce baru cik teratai..banyak ooo nak wat pelan lantai for 5S


                                                           ni pandangan dari sisi



tu la ofce cik teratai...sekian..esok sambung lagik..hehehe...

with love,
cik teratai..

Monday, October 15, 2012

Secawan NESCAFE

 
Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..hujan tanpa henti hari ni..ape lagi, jom minum secawan nescafe + pisang goreng.. cik teratai mmg jarang sgt lunch..lebih suka stay kat ofce dan minum nescafe..geng cik teratai of course le puan salina..kalau zaman dulu2 best sgt..ada geng nescafe..geng ni tetiap ptg akan buat nescafe, mkn kuih2 or pisang goreng...tiap2 bulan siap buat collection kelab minum ptg lagik utk beli nescafe, gula, dan lain2 keperluan pantry..hehehhe..best sgt masa tu..tp sekarang tinggal cik teratai dgn puan salina je..sebab geng nescafe ada yg dah pencen, ada yg transfer ke s.alam..lagipun sekarang ni cik teratai dah pindah ke ofce baru, terpisah la dgn ofce puan salina, tapi x lah jauh sgt..lunch hour kami jumpa la kat ofce puan salina..hehehehe...





mood : merindui en. cinta hatiku Mr. MHM.. ;(


with love,
cik teratai

Entry Kedua di Kala Hujan Lebat

Assalamualaikum..entry kedua di hari isnin ni..mood : bosan, hari hujan yang tak berhenti2 dari tadi..bila cuaca sejuk makanya mata pun semakin rapat..so, untuk mengelakkan terus mengantuk jadi cik teratai update blog..hehehehe..kali ni cik teratai nak citer plak pasal my admire..hahhaha..admire la sgt..cik teratai mmg suka ikuti perkembangan dia lagi2 dalam masterchef celebriti..tapi apakan daya rezeki tidak berpihak kepada dia..nak tau sape yang cik teratai maksudkan? taraaa.. Mejar (Dr) Faiz Khaleed..tapi apepun Kapt. (Dr) Mohd Hafiz Mohammad tetap dihati cik teratai...hehehe..






with love,
cik teratai

Entry di Pagi Isnin..


Assalamualaikum buat rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..pagi isnin 15/10/2012..alhamdulillah hujan membasahi bumi Allah pagi ni..syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dengan udara yang segar kurniaan Allah s.wt. Pagi ni cik teratai terbaca satu post di forum yang tetiba menarik minat cik teratai utk share disini..lain org mungkin lain pendapat kan..ape pun berbalik kepada diri kita sendiri sebenarnya..ayat2 yang cik teratai quote dari forum tersebut..

"Perempuan yang bercinta/berkahwin dengan tentera ibarat bercinta/berkahwin dengan kerjayanya.."

Kalau nak di citer pasal kerjaya, setiap kerjaya pasti ada cabaran dan juga kesibukannya..cam cik teratai, ada masanya kita perlu balik lewat juga atas tuntutan kerja..x kisah la army ke, ape ke, semuanya ada tugas yang tersendiri..so, fikir2 kan lah..
To my beloved Mr. MHM, saya terima awak seadanya..Menerima kelemahan & kekurangan abg adalah kekuatan & kelebihan bagi syg..sebab manusia tak akan ada yg sempurna..terima kasih sebab hadir dalam hidup syg.. (^_*)

with love,
cik teratai..

Monday, October 8, 2012

Rindu itu Satu Anugerah Allah

i really2 miss bakal imamku Mr. MHM @ Mohd Hafiz Mohammad..
 
 
 
 
with love,
cik teratai..

Friday, October 5, 2012

Aku Hanya Insan KerdiL..

Jangan pisahkan kesetiaan dan kejujuran itu sebab keduanya saling memerlukan..dan Cinta lah yang menyatukan kedua keduanya..Dan jujurlah untuk kesetiaan itu..kerana kejujuran, kesetiaan,keikhlasan dan kebenaran akan sendirinya muncul..sebagai insan kita hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t..

Jalan Kehidupan..

Assalamualaikum w.b.t buat rakan-rakan blogger dan juga silent reader ku..
Segala puji-pujian bagi Allah yang hanya layak disembah oleh sekalian alam..pagi Jumaat yang menyimpan seribu satu kehidupan seorang insan..alhamdulillah hari ni masih diberi nafas untuk terus menulis di blog yang kian usang..dugaan dan cabaran tidak akan lari dari kehidupan seorang hamba Allah..Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab..ujian yang mendatang tanda kecintaan Allah pada makhluknya..pengembaraan kehidupan yang selalu diuji dengan pelbagai macam ujian..

kecewa..

sedih..

takut..
 
sudah lumrah
 
Kehidupan ini sememangnya satu medan ujian yang bukan sahaja dirasai oleh cik teratai senndiri, mungkin kalian juga sama..Dunia adalah sebuah persinggahan dalam kehidupan dan ianya hanya pinjaman..bertawakal dan berserah kepada Allah..doa adalah ubat yang paling mujarab bagi segalanya..bersabarlah atas segala ujian dan cabaran bagi meneruskan liku-liku kehidupan..

Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta untuk hambanya..itulah tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tidak pernah meninggalkan kita sendirian..

Ya Allah Ya Maha Pengampun, Maha Pengasih dan hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya..bantulah hambamu ini Ya Allah..Aku tiada siapa-siapa kecuali Allah dihatiku..tapi kau datang dengan cahaya..aku ingin menjadi yang halal bagimu yang akan kau kucup keningnya, kau hapus air matanya..


with love,
cik teratai..


Wednesday, October 3, 2012

Solat Istikharah..bukan Istikharah Cinta..

Wahai hati yang resah..fikiran yang bercelaru...tenanglah, tenanglah...buatlah solat istikharah.. Lakukanlah samaada sebelum kamu tidur .. atau bangun sebelum subuh. Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan..insyaAllah...akan diberi petunjuk...dan apabila kamu telah diberikan petunjuk..ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat...pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya...


cara buat solat istikharah

 
Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
 
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
 
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

 
Tata Cara Solat Istikharah
 
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

 
Lafaz niat:-
 
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

 
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
 
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
 
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
 
Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
 
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
 
with love,
cik teratai..

Monday, October 1, 2012

Jalan C.I.N.T.A

Salam dan selamat petang rakan-rakan blogger ku dan juga silent reader sekalian...erm..korang pernah dengar tak CINTA BUTTERFLY? cik teratai baru je tgk video clip diorg..cinta antara taqiuddin & nazuha..unik dan menarik kisah cinta mereka..kisah cinta cik teratai dgn mr. MHM a.k.a cinta hatiku pun menarik juga..semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami dan satukan hati kami berdua..ameenn ya rabbal alameenn...
dalam perhubungan jarak jauh ni, banyak dugaan dan cabarannya..yang penting, hati dan fikiran kena matang dan always think +..sini cik teratai nak share beberapa tips dalam perhubungan..

* Hormat keluarga sendiri dan juga keluarga bf kita a.k.a mr MHM
Nak tau kenapa cik teratai berkata begitu?sebab once  kita dah terima pasangan kita, bermakna kita terima juga family pasangan kita..jangan ada jarak perbezaan antara family dia dan kita..x mo lah banding2 kan family dia dgn kita..yang penting kita sebagai menantu kena hormat family dia..but yang paling penting adalah restu keluarga..alhamdulillah keluarga merestui hubungan cik teratai dgn mr. MHM..

* Amalkan 3K - Kesetiaan ,Kejujuran, Kepercayaan
Dalam sesuatu hubungan 3K ni amat penting..lagi2 bagi pasangan yang jarak jauh a.k.a PJJ..Pasangan perlu lah saling mempercayai antara satu sama lain..cam cik teratai, bila nak keluar dari rumah cik teratai akan bgtau pada mr. MHM ke mna arah tuju ku, nak buat ape, dengan siapa..ini untuk membiasakan diri meminta izin daripada dia supaya nanti bila dah kahwin jadi amalan kita sebagai seorang isteri meminta izin dari suami bila nak keluar rumah..tol x mr. MHM (klu dia ada baca blog cik teratai ni mesti tersenyum yer mucuk2..)

* Bila bercinta dengan army
erm..kenapa cik teratai berkata begitu?sebab army tak cam kita yang keja waktu pejabat isnin-jumaat 8am-5pm..balik umah tak hingat hal keja..tapi army diorg keja almost 24h kena stand by..klu keja departmnt cam my mr. MHM..sabtu ahad pun kadang2 kena keja..malam pula, cik teratai bagi masa dan ruang untuk dia siapkan keja (walaupun kadang2 cik teratai ganggu jugak dia wat keja, msj,col..hikhik..sebab R.I.N.D.U..) kalau dia balas mesej kita tu lambat sikit, faham la..mungkin dia ada keja nak siapkan sebagai contoh, basuh baju ke, basuk moto ke, kemas rumah ke..yang penting kita sebagai perempuan jangan cepat melenting..always think positive..

* Bertolak ansur dengan pasangan
Ni pun penting juga..sebab dalam perhubungan tolak ansur ni amat2 lah pentingnya..kalau tiada tolak ansur, rosak hubungan..kadang-kala diorg ni pun ada jugak tension kat tempat keja, or so on..jadi kita kena la bagi semangat kat diorang..

oklah cukup sampai sini je cik teratai membebel di kala petang..nanti kita sambung lagik yer..
terima kasih ya Allah atas kebahagiaan yang telah engkau beri kepada kami hambamu ini Ya Allah..satukanlah hati kami berdua ke arah jalan yang engkau redhai Ya Allah..

Lirik Lagu Sherina – Jalan Cinta

Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Butir air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu….oo… Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu…oo… Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita…

Kehidupan seorang Manusia

Salam dan selamat tengahari kepada rakan-rakan blogger dan silent reader sekalian..Hari ni 1 oktober 2012..sekejap je masa berlalu kan..dah bulan 10..tinggal 2bulan je lagi nak menghabiskan tahun 2012..then masuk 2013..2013?masyallah..jika diberi keizinan dan keredhaan oleh mu Ya Allah, insyallah sy bakal menjadi seorang isteri kepada cinta hatiku mr. MHM..maka akan bermulalah a journey to be an army wife pasni..hikhikhik..perlu bersedia dari sekarang untuk menjadi seorang isteri..mukan mudah untuk kita lalui semua tu..sebagai seorang manusia, bermacam2 cabaran yang perlu kita tempuh..

"Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang Hamalatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi, seorang anak yang solehah buat kedua ibu bapa ku dan seorang isteri,makmum yang solehah buat bakal suamiku.. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.."

Thursday, September 20, 2012

Kasih, Sayang, Cinta...

Assalamualaikum..berhabuk dah blog ni..almost 3monts x update ape2 dlm blog ni kan..kepada my followers ataupun silent riders, jgn jemu eh dgn blog cik teratai yg usang ni..September..begitu cepat masa berlalu..rasanya seakan baru memasuki 2012..kini tinggal  3 bulan saja lagi 2012 bagai melabuhkan tirainya..2013..insyallah jika ada rezeki kami akan diijabkabulkan dengan izin Allah swt. Cinta, kasih, sayang seakan tak dapat dipisahkan antara satu sama lain..
Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
Alhamdulillah jika diizinkan Allah cik teratai ingin menjadi seorg isteri yang solehah dan ibu yang penyayang kepada zuriat2 kami..Amin..
 For my bakal imam MHM..thanks for everything..


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Kau tetapkanlah jodoh hambamu ini dengan mr. MHM..Kurniakanlah kami kebahagiaan didunia dan juga diakhirat..amin ya rabbal alamin.."


Friday, June 29, 2012

Entry Jumaat 290612

Salam jumaat buat semua..alhamdulillah sedar x sedar Jun sudah pun di penghujungnya dan Julai bakal menjelma dan bermula la bulan Ramadhan yang dinanti2kan oleh semua umat Islam..bulan yang penuh dengan rahmat dan barakah..harap ramadhan kali ni ada sinar baru buat cik teratai...syukur alhamdulillah cik teratai bahagia disisi MHM..tatkala entry ini ditulis , cik teratai rindu sgt2 kat org jauh..kat my mr. MHM..

Tuesday, June 26, 2012

Hanya Semut Kecil

Salam all..entry di hujung bulan jun..cik teratai dalam mood kepenatan..baru je habis audit pensijilan 5S oleh MPC..alhamdulillah perjuangan sekian lama akhirnya kami berjaya juga dapat pensijilan tu. Dalam pengembaraan kehidupan bermacam2 yang perlu kita lalui..ada yang mendewasakan kita dan ada jua perkara dan perasaan yang kadang-kala kita rasa seakan2 ingin kembali ke dunia kanak2 tanpa memikirkan segalanya..itulah lumrah kehidupan..ape pasti berpijak lah dibumi yang nyata..sifat angkuh,sombong dan berbangga diri bukan sifat cik teratai..kerana bagi cik teratai kita semua ni sama je sebagai hamba Allah yang beragama Islam dan taat pada perintahNya..andai rezeki cik teratai menjadi permaisuri  MHM cik teratai akan sama2 melalui liku2 kehidupan bersamanya, cik teratai mahu hidup secara low profile sahaja..x perlu berbangga diri siapa kita..cik teratai ada skodeng fb beberapa org (tapi x add pun) yang kebanyakannya berbangga dgn status diri isteri si polan  itu yg pangkatnya itu ini, macam2 seolah2 berlumba untuk menunjukkan siapa paling hebat didalam sesuatu kawasan/community itu..to MHM, jgn risau ye..cik teratai bukan begitu..biar kita merendah diri dan hidup low profile saja sudah asalkan kita bahagia..En. Cinta Hati saya MHM ilusm..only u in my heart until my last breath..


Si Penggubah Bunga,
-Cik Teratai-

Thursday, June 21, 2012

Entry Melalut

Salam 1 Syaaban..mutiara jernih mengalir di pagi 1Syaaban diiringi hujan membasahi bumi seakan2 turut sama mengetahui apa yang cik teratai rasa..
Saya sangat2 STRESS..
-sekian-

Wednesday, June 20, 2012

Pengembaraan Kehidupan

Salam semua..alhamdulillah hari ni kita sudah pun berada pada 19 Jun 2012 bersamaan 29 Rejab 1433h..semoga kalian semua diberi kesihatan yang baik dan sempurna olehNYA..x lama lagi  Rejab akan meninggalkan kita kemudian syaaban menjelma dan seterusnya Ramadhan..berharap agar Ramadhan kali ini akan lebih sinar buat cik teratai daripada tahun lepas..pengembaraan kehidupan..apepun yang berlaku kita sebagai umatnya harus meneruskan kehidupan walaupun pelbagai cabaran..maaf jika entry cik teratai bulan jun penuh emosional..tatkala entry ini ditulis mutiara jernih mengalir di pipi..perempuan,bukan menangis kerana lemah tetapi sedang bangun untuk mencari kekuatan..pengembaraan kehidupan bermacam2 dugaan yang perlu kita temmpuhi untuk sampai ke penghujung kehidupan..berdoa kepada Allah semoga cik teratai diberi ketabahan untuk meneruskan liku2 pengembaran kehidupan ini. ketahuilah bahawa hati ini hanya untukmu dan kesetiaan ku hanya padamu seorang sayang...imusm MHM..

Tuesday, June 12, 2012

eNTRY jUN LAGI

Tahan la air mata mu dan berikan senyuman walaupun hatimu sedang menangis..kerana Allah tahu dirimu kuat..sabar dalam menempuhi segalanya kerana insyallah akhirnya akan terukir sebuah senyuman..

Entry Jun

Syukur alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan pengembaraan kehidupan ini yang cik teratai tidak tahu bagaimana penghujungnya dan adakah cik teratai diberi peluang oleh Allah untuk mengecapi saat bahagia sama seperti insan lain..tipu la kalau cik teratai bgtau xnak bahagia kan..semua org ingin kan kebahagiaan..kita sebagai manusia hanya mampu berdoa kepada Allah semoga diberi kebahagiaan yang sempurna agar terukir  senyuman dibibir...cik teratai akan berbicara disini lgpun dah lama blog cik teratai ini ditinggalkan..berhabuk sudaaa...

Monday, June 4, 2012

Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012


Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu (6 Jun 2012)

Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib.

"Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria, orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari.Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.

Syed Kamarulzaman berkata sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.

Peluang lihat planet Zuhrah

GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.

Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.

Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.

"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat “khusuf” berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.

Friday, February 24, 2012

Cerita di hari jumaat..

Salam jumaat semua..semoga hari ini hari jumaat yang amat bermakna bg kalian semua dan semoga kalian semua dilindubgi oleh Allah s.w.t..
Di hari jumaat yg indah ni dimulai dengan bismillah semoga pengembaraan kehidupan hari ini lebih baik dari hari semalam..hari ni ada audit silang kat ofis cik teratai melibatkan audit antara 2 unit..unit cik teratai and unit kewangan..so far alhamdulillah..actually unit silang ni dibuat bagi persiapan audit dalaman 5S yang akan diadakan pada 29 Feb ni..hope zon kami menang la kali ni..apepun berserah pada Allah..
Kawan2 blogger yg cik teratai syg, pernah x kalian semua menunggu sesuatu yg x pasti?dan terkadang korang rasa x, yg untuk dapatkan sesuatu mesti ada dugaan?apepun, semoga Allah terus memberi cik teratai kesabaran dalam mengharungi segalanya..insyallah jika sinar pelangi itu untukku, ianya akan menjadi milikku jua..

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"


with love,
cik teratai..

Wednesday, February 22, 2012

Entry Pertama 2012

Salam..alhamdulillah masih diberi peluang untuk cik teratai terus menulis dan berbicara di blog yg dah sekian lama berhabuk ni..macam2 cerita dan pelbagai peristiwa yg cik teratai lalui untuk meneruskan pengembaraan kehidupan..apepun cik teratai redha dan pasrah dgn ketentuan dari Ilahi..insyallah cik teratai akan kembali menulis semula di blog yang agak usang ini..pelbagai cerita dan pahit manis yg akan cik teratai kongsikan disini..kekadang kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan pengembaraan kehidupan ini, terasa amat payah benar. seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Namun cik teratai perlu bangun semula kerana akan ada pengakhiran yn menarik di hujung pengembaraan ini..amin..

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.



with luv :
cik teratai..