Wednesday, January 2, 2013

Cinta & Kasih Sayang

Assalamualaikum buat semua rakan blogger dan silent reader ku..tup tap tup tap..cik teratai menghitung hari nak g jalan2 dgn en. cinta hatiku Mr. MHM insyallah hujung minggu ni..cik teratai plan nak p cameron highland bersama Mr. MHM..3hari je lagi ni..pastu dah boleh cuti2 jalan2 dgn en. cinta hati..yeayyy..cuti pun dah lulus so tunggu my cinta hati ni sampai sini je..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ku simpul dalam setiap doa-doa dalam istikharahku kepada-Mu perasaaan ini, agar Engkau satukan hatiku dgn hatinya untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-Mu Ya Allah..
Ya Allah,
Kau berikanlah dia rahmatmu,kau sinarilah hatinya dengan cahaya ilmu dan kegembiraan,jauhilah dirinya dari kesedihan,kuatkanlah hatinya menempuh dugaan dan kau tabahkanlah hatinya menghadapi segala cabaran yang Kau berikan..kau limpahilah hidupnya dengan limpahan rezekimu dan lindungilah dirinya dari segala kesusahan..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Engkau telah menemukan kami..mengulit hati kami dan menabur kasih,cinta dan rindu di dalam hati kami berdua..aku pinta kau kekalkanlah hubungan kami ini dan penuhilah hidup kami dengan cahaya cinta yang terpancar mekar di hati kami..dan satu pintaku Ya Allah..aku berharap semoga dia adalah pasangan hidupku,empunya tulang rusuk yg ada pada ku ini yang ingin ku temani buat selama-lamanya sehingga akhir hayatku..
Amin Ya Rabbal Alaminn..



 sy rindu Mr. MHM sy.. 

with love,
cik teratai
 

No comments: