Tuesday, December 22, 2009

Taraaaaa....

Taraaaa...i'm back...huhuhu..ape kisah entri kali eh?erm...last week aku kena jadi urusetia check out induksi kat uitm puncak alam...fuhh...penat jugak..tapi best..hikhik...yg x boleh blah ptg tu kami asingkan kunci boleh jadi main game kunci plak..yerlah,banyak tu kunci apartmentnyer..kena teliti betoL2...jom layanz pic nihhh...

kak wa jadi pengadiL acara game kunci nih..sape habis duLu dia menang..
masing2 nak menang...tgk tangan sape tuh?huhuhu..



banyak toL kunci..acara game kunci dah nak mula..hikhik..

lebatnyer hujan tyme balik tuh..



ada lagi post..nnt sambung ek..ada org check in plak ni..

with luv,
teratai.. :-)

Thursday, December 10, 2009

Macam-macam Hal..

erm..lama tol x update blog eh..bukan ape..bz ckit...dengan gotong-royong,dengan audit 5S...macam2..ni yg aku nak citer kat sni..

Isnin 7/12 ada gotong-royong perdana opis aku...8/12 ada audit dokumentasi 5S..untuk audit pertama kami mendapat tempat tercorot tetapi kami tidak melenting kerana kami jadikan semua ini sebagai pembakar semangat kami untuk lebih berjaya dan melakukan yang terbaik untuk audit akan datang..buat ape nak melenting..cm budak2 je plak..hikhik.. :-) ..segala kritikan dari auditor kami terima dengan hati yang terbuka..pasal gunchart 5S kumpulan plak..gunchart tu mmg kami dari kumpulan hotelier dan dinar yg buat..tapi kami ni baik hati..bagi semua kumpulan copy paste je yg kami buat...diorg tukar kaler je..(senang kan keja)..tp x dihargai plak..sebaliknye kami dimusuhi..kami mintak contoh bajet pun ada kumpulan yg x nak bagi..ape la nasib kami...redha je la...buat je la sendiri cik teratai oiii...dah org x nak bagi...x faham2 plak aku nih...adehhhh...

Kisah 8/12 pulak...

Petang lepas audit tu kami terima satu email pasal SKT...tetapi yang menjadi tanda tanya ialah ada p/s kat bawah tu cakap pasal sabotaj...sape yg sabotaj sape?pasal SKT ke?ada yg sabotaj ke?ntah la aku x faham...biasa la lumrah manusia..yg penting jangan ketua unit aku sabotaj kami sudah...hikhik....Chayok2 Unit Asrama...huhuhuhu... :-)

Kisah 9/12 pulak...

Macam cerita daaaa.....huhuhuhu...dah la..nnt sambung lagi...malas nak citer...

Wednesday, December 2, 2009

Sumpahan Ikan Tapah..

Erm..rasernya orang2 perak yg tau pasal sumpahan ikan Tapah ni dah tau kot citernyer...aku copy paste jer citer ni..

KETURUNAN PAK KADUK PANTANG IKAN TAPAH

Ramai diantara kita sudah mengetahui cerita Pak Kaduk yang telah menang dalam perlawanan sabung ayam tetapi kampung halaman serta anak isterinya tergadai. Tetapi ramai yang tidak sedar cerita ini ada kaitan dengan segolongan masyarakat Melayu, khususnya penduduk-penduduk di negeri Perak yang pantang makan ikan tapah. Pantang larang memakan ikan itu ada kaitan dengan cerita Pak Kaduk yang membuat sumpahan tidak membenarkan keturunannya memakan ikan tapah. Sehingga kini sumpahan itu dipercayai belum berakhir.

Orang-orang yang kononnya pantang pantang makan ikan tapah itu berasal daripada keturunan Pak Kaduk serta kaum kerabatnya. Orang-orang luar yang berkahwin dengan anggota keturunan Pak Kaduk ini juga akan terkena sumpahan itu. Keturunan Pak Kaduk dikatakan kebanyakannya berada di Lambor Kiri, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Bota yang terletak di Perak Tengah. Mereka yang termasuk dalam golongan itu kononnya akan terkena penyakit kulit yang disebut SEMALI iaitu pecah-pecah kulit, berair dan terasa gatal-gatal sehingga ke tulang jika termakan ikan tapah.

Di samping itu, kulit mereka akan melecur,sakit sendi dan tulang. Menurut Haji Daharun bin Haji Yajit 77, peristiwa Pak Kaduk itu berlaku ratusan tahun lalu di kampung Lambor Kiri iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Syah Almarhum Aulis Allah Geronggong Perak. Menurut seorang daripada keturunan ke sembilan Pak Kaduk, Hajah Asmah bt Pndak Logam 76, mendakwa ada menyimpan khazanah Pak Kaduk iaitu tiga butir kerongsang emas yang boleh menjadi penawar penyakit sumpahan itu. Katanya lagi, kerongsang tersebut sepatutnya di simpan oleh adiknya, Izham bin Pandak Logam,yang merupakan pewaris terdekat dan kini menetap di Selayang Bahru, Selangor. Haji Daharun yang menetap di Kampung Tua,Lambor Kanan bersetuju dengan tindakan tersebut supaya memudahkan pesakit pulang ke kampung halaman untuk berubat.

Katanya lagi, seboleh-bolehnya emas kerongsang tersebut tidak di bawa keluar dari Lambor Kanan. Dalam temubual dengan Hajah Asmah di rumahnya di Kampung Tua, Lambor Kanan, beliau mendakwa kerongsang itu telah mengubati ribuan orang yang terkena sumpahan akibat termakan ikan Tapah. Katanya, penyakit tersebut disebabkan oleh sumpahan itu berupa melecur kulit, sakit sendi dan tulang akan hilang apabila meminum air yang telah direndam dengan tiga butir kerongsang tersebut. Tiga keping kerongsang emas itu berbentuk potongan wajik, ukurannya dua inci bertatahkan batu delima yang dikatakan telah berusia 900 tahun adalah satu daripada tiga barang emas kepunyaan Pak Kaduk diperbuat daripada emas urai yang dijumpai dalam perut ikan Tapah. Menurut Hajah Asmah, tidak ada syarat yang dikenakan bagi mereka yang berubat. Mereka cuma dikehendaki minum air rendaman emas itu ataupun mandi dengan air itu supaya badan yang melecur terubat.

TERKENA PENYAKIT

Menurut Hajah Asmah bagi, setiap hari lebih kurang 5-10 orang datang kerumahnya berubat dan dengan izin Allah penyakit mereka sembuh. Dalam temu bual dengan Izham B. Pandak Logam, 67 di Selayang Baru Selangor, berkata tiap-tiap keluarga mereka akan mengadakan kenduri arwah di rumah Hajah Asmah. Sebelum tiba bulan puasa, dengan menggunakan wang yang didermakan oleh orang ramai yang datang berubat. "Kerongsang emas itu dikatakan tidak boleh digadai dan diperbuat sebarangan seperti dipinjamkan kepada orang lain", katanya. Kebanyakan yang datang ini termasuk orang dari Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan lain-lain adalah merupakan keturunan Pak Kaduk yang telah berhijrah ke tempat lain. Hajah Asmah juga mendakwa hanya kerongsang itu yang boleh mengubat penyakit sumpahan ikan Tapah dengan izin Allah s.w.t. Beliau menceritakan tentang seorang wanita dari Perak yang terkena penyakit semali telah pergi berubat dengan doktor, tetapi keadaan kulitnya yang melecur tidak boleh diubati selama hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keadaannya dikatakan pulih setelah wanita itu datang berubat dengan meminum air rendaman kerongsang emas itu. Haji Daharun turut bercerita kisah perjanjian Pak Kaduk dengan ikan Tapah yang terjumpainya terdampar di daratan Sungai Perak. Katanya, menurut orang-orang tua, Pak Kaduk berasal dari Siak, Sumatera dan telah datang merantau ke Perak lalu menetap di Kampong Lambor Kiri bersama isteri dan anak perempuannya.

GEMAR MENYABUNG AYAM

"Pak Kaduk ini dikatakan suka dengan permainan kegemaran penduduk kampung ketika itu iaitu permainan sabung ayam dan mempunyai seekor ayam jantan yang handal. "Oleh sebab ayamnya selalu menag, seorang penghulu iri hati tehadap kejayaan ayam Pak Kaduk, lalu berhasrat untuk mencuri ayam itu. "Suatu malam,penghulu itu telah berpakat dengan kawannya untuk menipu Pak Kaduk dengan menyuruh rakannya menyeru nama Pak Kaduk dari atas pokok supaya menyerahkan ayamnya. "Pak Kaduk yang ketakutan kerana menganggap suara itu suara jembalang terus menyerahkan ayamnya. Nasib Pak Kaduk bertambah malang apabila dia tewas dalam pertandingan sabung ayam menyebabkan kampung halaman, anak dan isterinya tergadai ke tangan penghulu itu. Pak Kaduk yang malang itu terus lari ke sebuah pondok. Pada suatu hari, kucing belaan Pak Kaduk datang menghampirinya seolah-olah mengajak Pak Kaduk mengikutnya ke suatu tempat. Kucing itu membawa Pak Kaduk ke tebing Sungai Perak dan di situlah dikatakan Pak Kaduk ternampak seekor ikan Tapah sebesar manusia berperut buncit terdampar di daratan. Pak Kaduk dikatakan membelah ikan itu dan dalam perut ikan Tapah itulah dia menjumpai lebih kurang secupak emas urai. "Kerana terlalu gembira, Pak Kaduk telah menjahit semula perut ikan itu dengan menggunakan tali bemban,"sambungnya.

SUMPAH PAK KADUK

Pak Kaduk terus bersumpah bahawa keturunannya tidak akan dibenarkan menganiayai dan memakan ikan Tapah sampai bila-bila sebelum melepaskan semula ikan itu ke sungai Perak. "Ada yang begitu alah dengan pantang itu sehingga terkena air atau terbau ikan Tapah menyebabkan kulit mereka melecur,"tambah Daharun. Menurutnya lagi,dengan emas yang diperolehi itu,Pak Kaduk telah menebus semula kampung, isteri dan anaknya daripada penghulu itu. Emas selebihnya digunakan untuk perbelanjaan seharian serta membayar hutang dan sebahagian daripadanya di perbuat perhiasan barang kemas. Menurut Izham pula, Pak Kaduk dikatakan kembali ke Siak dan di sana dia menempah sepasang subang, sebentuk cincin dan tiga keping kerongsang emas yang sekarang disimpan oleh Hajah Asmah itu. "Kerongsang itu dibuat oleh Pak Kaduk sebagai penawar bagi sumpahannya manakala barang kemas lain dijadikan perhiasan. "Subang itu kini dikatakan ada disimpan oleh kaum keluarga Pak Kaduk di Siak, manakala cincin itu pula disimpan oleh keturunan Pak Kaduk yang menetap di Kuala Dipang, Perak. "Pak Kaduk pengasas sumpahan ikan Tapah itu dikatakan meniggal dunia di Siak dan kuburnya didakwa masih ada sehingga sekarang,"tambah Izham mengakhiri ceritanya.



p/s : ada x sesaper yg tau kat maner nak dapat penawar sumpahan ni? Dengar citer org Hajah Asmah dah x duduk kat lambor lagi..tapi menetap kat Selayang..

Monday, November 30, 2009

Selamat Bertunang Dayat..

Selamat Bertunang buat kawan baik aku, hidayat...uiks...member aku sorang ni dah bertunang..tinggal la aku n wanie..relaks la kan beb..kiter bagi dayat dulu kawin..ekekekekeke...so pasni dayat jgn la pulak x bole nak gile2 lagi dgn kitorang ...sedih pun ada..sebab pasni aku n wanie jelah ke sana ke mari...huhuhuhu...ops..lupa plak nak wish...wanie dah dapat keja gomen..alhamdulillah..wanie kena posting kat mana x tau lagi. Tunggu je la 4/12 ni..hope wanie x la kena posting jauh2..klu kena jauh, tinggal la aku sorang kat diomand bay ni...uuuwaaaaaa...bertambah sedih la aku..jom layan pic dayat bertunang...


Dayat n yeop..daH bertunag pun..tahNiah
si coMeL ni anaK sHiMa
Cincin Merisik dan Bertunang

menanti saat ditunangkan dgN yeop..muka berdebar

waNie daN aKu...

Cuti Sekolah Bermula..

Erm..pejam celik sedar2 dah dah dekat hujung tahun..bila cuti sekolah opah aku pun balik la diomand bay kejap..jenguk2 umah dia kat sni pulak..bila opah balik diomand bay ramai la sepupu-sepapat aku pun balik sni jugak..penuh la umah opah aku ni kat diomand bay..yg x tahan nyer tiap petang diorang akan phn/sms aku suh balik keja cepat then bawak diorang g playground kat tepi sungai bidor kat umah aku...adehhh....korang ni sajer tau...jadi rutin aku tiap petang balik keja terus ambik sepupu-sepapat aku kat umah opah terus bawak g playground..so jom layan pic...aku snap pic si lebab haddif ni jer..yg lain2 nnt aku snap hari lain plak yer..cuti sekolah panjangkan..hikhikhik....

Wednesday, October 28, 2009

Pesanan Dari Seorang Pujangga..

Semalam aku bz dengan pendaftaran peserta kursus induksi..mmg xde dalam opis la..tapi kejap2 aku g jugak dalam opis...then aku terima pesanan dari seseorang yang aku dah anggap macam abg dan merangkap penasihat aku..ekekekkekeke...

wahai teratai bunga yang indah..kembanglah diri mu didalam tasik hati insan yang memerlukan mu..mekarlah sebagai bunga yang sangat cantik dipandang..

Suburlah dirimu dengan insan yang memiliki dirimu...dengan kasih sayang..dengan penuh pengharapan..kerana disitu bersemadinya cinta mu yang suci..

Aku akan ingat pesanan ini sampai bila-bila...dia seorang pujangga yang setia..yang akan terbang seperti burung tiong untuk mencari lukisan kehidupan yang berbingkai..

Wednesday, October 21, 2009

Kongsi cerita...

erm..citer ni aku dapat email dari sorang kawan..jom kiter share bersama..

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan diwaktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..! "

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam..... Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab)

huhuhuhuhu.....

Firstly, nak wish happy belated bufday kat tok phatt..semoga panjang umo, murah rezeki..tunggu la yerk tepung telur sampai depan umah...wakakkakakakakaka...

then..nak ucapkan tahniah pada Prosboc Perak kerana telah berjaya menjalankan AGM Zon Perak hari Sabtu lepas...x terlewat rasernya nak wish kan..hope jawatankuasa yg dilantik dapat menjalankan tugas yg diamanahkan..Prosboc Perak mantop gitu...ekekekkekeke....

erm..hari ni penat btol..sampai tertido aku maghrib tadi..huhuhuhu..ptg tadi aku dgn kak safa g check asrama...bila dah petang baru nak g check, kak-kak cleaner pun dah balik..jadi kami berdua jer la g masuk asrama..last2 aku ckp dgn kak safa, jom la kak balik opis...teman ni penakut..sok pagi2 kiter g check asrama lagi yer..klu pagi2 kak-kak cleaner ada x la aku takut sgt..ekekkekeke..penakut jugak aku nih..wakakakakkaka...

Monday, October 12, 2009

Lebatnya hujan diluar sana selebat hatiku ini..

Kejap jer raser cuti sabtu ahad dah start kojer hari nih..sabtu ahad lepas mmg aku xde rehat..huhuhu..my mom sakit balik..sakit cm last year..mmg mimpi ngeri buat kami sekeluarga andai my mom jadi cm last year..khamis mlm tu she's pain again..then admitted wad mlm tu jugak..terlalu sakit sampai meracau2 dalam wad...doc bg injection..sabtu pagi my mom kuar wad...ptg tu plak sakit lagi..mlm tu kami bawak g specialist kat Manjung...on d way tu aku speed skit langgar double line...sekali kat dpn tu ada roadblok...adehhh...kena than sehhh....tp aku jawab emergency encik...sib baik lepas...huhuhuhuhu...semalam plak dah ptg jugak my mom sakit balik...dah kul 5.30 ptg my dad nak bwak mom g SMC...aku ikut jer la demi bonda tersayang...sampai SMC dalam kul 7.30mlm....then doc check dia syak usus my mom ada bocor skit...Ya Allah..tuhan jer yg tau mcm mana haty kami ni bila dengar doc bgtau cmtu..aku harap aku tabah untuk hadapi semua dugaan ni buat kali kedua...mmg perit untuk aku harungi semua ni..tapi aku kena tabah.. ;-(

Wednesday, October 7, 2009

Jiwa Kacau

Xde mood r malam nih..bosan..tension..jiwa kacau..macam2 la...so jom zzzZzZzzZzZ..

Jamuan Raya PLUiTM 2009...

Errmm....ada lagik gambar...nnt la aku upload yer...

Kami lah warga Pusat Latihan UiTM...

Ni la geng perempuan a.k.a yg basuh pinggan petang majlis ni..ekekekkeke

Ni geng laki...geng pompuan plak maner?

Ni plak geng unit kewangan..

Kumpulan nasyid geng PLUiTM..


Purple oh purple...ada citer disebalik warna purple...hampeh btol si rahimi


Gambar sekitar majlis..

Gelagat 5S...

Huhuhuhuhu...29-30 September yg lpas aku kena attend satu kursus audit 5S ni..tetiba nama aku lak naik utk g kursus ni..adehhh...nak x nak kena gak le attend..dari 2 hari terlajak terus ke 5 hari..sebab nak wat kriteria audit 5S ni bukan senang...susah ooo....sampai ada yg kena migrain...bak kata En Mat mengoren darah aku dah..wakakkakaka...apepun, semuanya dah selesai...tunggu next plak aper kursus lagi yerk..


Ni la kursus yang kami attend..dari 2 hari terlajak ke 5 hari..


En. Mat muka tension wat kriteria audit..mengoren darah katanyer..bukan menyirap erk..


Cakk...ni pic aku n kak ina( jiran blogger aku = ariena79.blogspot )


Semua khusyuk dengar penerangan audit dari Konsultan, PM Nazri


Ni dalam Dewan Seminar..


Muka kena attend kursus audit..

Monday, October 5, 2009

Gambar-gambar Hari Raya..

Acu nak glamour jerk...hikhikhik...

ni la family si kenit haddif tuh..
-h/20092009(033).jpg">
Ni geng lelaki...

my mom n my dad wif my cousin, haddif..sibuk je haddif tuh...ekekkekekke..

my mom n my dad...





Thursday, October 1, 2009

Banyak cerita..Banyak kisah....

Alhamdulillah akhirnya setelah offline dkt 4 hari hr ni leh bukak blog...semua nyer gara2 tugas yg semakin menimbun..kursus pun dah nak masuk start 2/10 ni..so pasni mmg bz ler dgn check in n check out kursus...ahad ni pun teman kena kojer tau..huhuhuhuhu..xperlah demi negara..cewwhhh...ermm...banyak yg nak diceritakan kat sni..penat ni, pg td ada jamuan raya kat opis aku nih..ptg plak kami geng pompuan kena basuh pinggan..pkai baju glamour kena basuh pinggan..wakkakakak...anyway semua geng gegurl, kak safa,kak yin,kak ika,kak teh,kak wa,kak ina, puan salina n kak zana(eh,semua kak..aku jer muda lagik..ekekekek..)u all mmg sporting lorr..sama2 g dapur td basuh pinggan..naik lori angkat barang2..ermm...ada gambor n cerita...menyesal aku pkai baju purple hari nih...nak tau?tunggu next entry aku ya..rahimi, nnt ko yerk...lain kali aku kenakan ko plak..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SaLaM...to all my friend...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...semoga raya kali ini lebih bersinar dari tahun sebelumnya...
More AIDILFITRI graphics
More AIDILFITRI graphics

Wednesday, September 16, 2009

Projek 5S..

Fuhh..projek 5S tu...ermm..ni la yg kami kat opis tgh berkejar2 nak myiapkan projek 5S kami ni..almaklum la mengikut perancangan kami nak dapatkan pensjilan 5S tu bulan FeB thun depan..so kami tinggal beberapa bulan je lagi untuk menyempurnakan segalanya...mmg la banyak keja..kat sni kiter kerja berpasukan tu penting..zon kami zon asrama..zon asrama ni melibatkan 2 unit iaitu unit asrama n kewangan..biasa la bila dah ramai ahli mcm2 kepala dan pendapat la...ada jugak yg kadang2 aku raser kecik hati, cam merajuk pun ada...tp just ignore la..aku leh pujuk haty aku sendiri..huhuhuhu..(betoi ke aku leh pujuk) no komen...!!cam kena wat pelan lantai tu mmg la banyak giler dgn mesin liminiting yg wat hal..byk pelan2 lantai yg aku wat rosak dek kerana mesin ni..adoyai..pening kepala aku nih..ingat senang ke nak wat benda nih? tp nak wat cmne dah tugas yg diberi aku kena wat la..huhuhuhu..to all my groups hope we can work each other k..no more heart feeling ya..aku teringat kata2 seseorg tu, nak dapatkan sesuatu yg elok mmg perlukan cabaran dan dugaan..yg penting bersabar..

Monday, September 14, 2009

nothing.....

ntah la..x tau nak merapu ape kat sni...fikiran bercelaru...huhuhuhuuhu....

Thursday, September 10, 2009

Dari Terengganu ke Ipoh..

uuuwwwaaaaa.....sedih tol aku...sejak pas accident nih keta aku berbunyi mcm2..aku ada gak bawak keta aku g worksyop biasa sebab nak tau ape masalahnya...mekanik tu ckp spare part yg eon ganu ganti ada problem...uuuwwwaaaa...ape kes nih..??tension tol aku..so aku phn la eon ganu,dia ckp x leh nak kptusan lagik kena tunggu seminggu...aku nak cepat ni..takut gak aku pkai jer keta ni nnt makin teruk plak rosakknyer...so aku phn insurans ler...ckp dgn En. Azrul yg baik hati tu...ekekekekke...dia ingat lagik kat aku sebab dia ckp aku la first customer dia yg x marah dia tapi aku nangis sebab nak suh keta aku kuar cepat dari eon ganu....huhuhuhu....malu gak kat dia sebab aku nangis..ekekeekkekeke...aku pun x tau cmner aku leh nangis maser phn dia tnyakan claim insurans keta aku tuh...huhuhuhuhu....En Azrul janji nak tlg aku utk hantar keta ke gleenmarie...aku ckp aku xkisah..janji keta ok...tingtong tingtong bincang semua last sekali eon ganu suh aku hantar keta ke eon ipoh...memula eon ipoh x nak terima tapi tingtong tingtong eon ganu bincang dgn eon ipoh so selasa tu eon ipoh call aku suh hantar keta..hari ni kebetulan bonda nak g ipoh aku mntak tlg bonda hantar kan keta ke eon Ipoh....uuuuwwwwwaaa....kecian aku tgk my 'buah haty' aku tu...dari Terengganu ke Ipoh...xperlah 'sayang', asalkan 'sayang' leh berkhidmat cam dulu yer..nnt ckit lagik 'sayang' jadi cun la...kiter psang bodykit yer 'sayang'...hikhikhik....

Tuesday, September 8, 2009

Honeydew pilihan hatiku...

salam all...lamanyer aku x post kat blog ni kan...suram plak rasernya..ekekekkekeke...bukan aper,lately bz ckit siapkan fail meja..huhuhuhu...naik pening kepala aku wat fail meja nih..sib baik ketua unit aku hebat dlm buat fail meja ni so dia ada la bg tunjuk ajar kat kami anak didik dia ni bout fail meja...
ermm...last week cuti 3 hari tu....ada gak yg ambik kesempatan cuti lama ni g shopping raya kan..tp aku isi masa lapang cuti ni dgn cat umah...huhuhuhu...dah lama x cat umah...so aku decided thun ni nak cat umah..of course le warna honeydew pilihan hatiku...aku bgtau kat bonda biar la kaler ni nnt senang nak sesuaikan dgn pelamin...ekekkeke...pelamin?hahhahahaha..merepek jer aku ni..hehehhehehehe...penat tau mngecat umah ni...tp bila dah siap cat satu umah, happy jer..x sabar aku nak decorate ruang tamu ni...xper2...tunggu weekand ni plak..huhuhuhuhu....

Monday, August 24, 2009

bLM BiRu paRt 2 n si Tanjung...

Erm.. banyaknyer yg aku nak citer kat sni kan..ish3...kisah bLM biRu ni...ada satu malam tu aku nak g beli t.up then aku g la kat kedai biasa aku g..dekat jer dgn umah aku..huhuhuhu..aku naik AGK...then maser aku beli tu tetiba ada somebody tegur aku..

bLM BiRu : cantik keta awak..dah ok ker?
aku : oohhh...keta saya biasa jer..keta awak yg hebat..ok dah keta..
bLm BiRU : bila dapat keta?
aku : rabu..baru semalam la saya dpt keta..awak buat aper kat sni?
bLM BiRU : saya mkn dgn kwan saya kat kedai sebelah..awak mmg dduk kat kawasan ni ker?
aku : x lah..saya kebetulan lalu kat sni..(padahal aku menipu dia..ekekekeke..)
bLM BiRU : saya ingat awak tinggal kat sni..
aku : x.. k lah saya nak balik ni..bye...
bLM BiRU : bye..

ekeekekekkeke...x pasal2 mamat tu kena tipu lg dgn aku...ish3..nakal kan aku nih...aku menipu bersebab..takut la beb...tetiba aku teringat kan si tanjung...
erm...aku harap dia bahagia bersama tunang dia..aku mungkin x kan jadi cm dulu lagi..tanjung,did u remember that we r frend n 'sedara' ? so why cT can't understand it?
tanjung, teratai xnak timbul masalah lagi..thanks sebab tanjung pernah jadi sahabat teratai n rapat dgn teratai..antara kita ada pertalian darah so air dicincang x kan putus..jgn risau sebab satu hari nnt tanjung pasti akan jumpa teratai juga..teratai harap tanjung dapat jaga cT bebaik..thanks for everything tanjung...

Akhirnya...

Alhamdulillah akhirnya my 'buah haty' kembali kepada ku...syukur pada Allah..mmg happy sgt2 tp ada la jugak beberapa masalah kat keta aku tu..brek belakang berbunyi2..last2 sabtu lepas aku bwak g worksyop then tukar brek shoe belakang..yg sebelah kanan sampai dah tinggal besi jer..Eon kuale terengganu sepatutnya bgtau la aku masalah brek ni..ni diorg diam jer,takut aku nak claim insurans jugak ler tu..aku tau la ni bukan boleh claim pun tp at least diorg bgtau la boleh aku bayar...sib baik selamat sampai peRaK..ish3....geram pun ada tp benda dah lepas kan,biar la..janji keta aku dah boleh jalan cm biasa..bhagian depan berbunyi gak maybe ada masalah lg kot..hari ni aku g keja bwak si comel, keta aku tinggal umah sebab my dad nak bwak g worksyop tgk masalah depan plak..langgar lubang jer berbunyi2 absober..drive shaft pun masalah gok tu, padahal eon ganu dah tukar semua tu..ntah la...yg pasti AGK aku dah ada kat sisi aku...pasni aku akan lebih berhati2 drive keta,serik tau lama keta kat ganu tuh..mcm org giler aku jdnyer kat sni bila berpisah lama dgn AGK...ekekekkekekeke...

Setahun Berlalu...

Salam Ramadhan buat semua umat Islam..alhamdulillah dapat juga kita sambut ramadhan pada tahun ni..Bila 1 Ramadhan menjelma aku teringatkan peristiwa tahun lepas..cepat betul masa berlalu,pejam celik dah setahun rupanya bonda aku sakit..teringat kisah tahun lepas dimana 1 Ramadhan aku bersahur tanpa bonda dan ayah disisi..hanya aku,adik dan juga bibik..aku bersahur dan berbuka tanpa masakan dari air tangan bonda..sedih rasernya..waktu tu hanya Allah saja yg tau hati ni..aku kuatkan semangat aku untuk terus menghadapi dugaan Allah..disaat insan lain bergembira bersama bonda tapi aku? Aku berdoa semoga bonda ku dapat bersama2 kami lagi..5 bulan bonda ku di wad memang aku betul2 teruja..balik keja bulan puasa terus melawat bonda di wad..masa di saat2 getir bonda ku di wad ICU, aku x mampu nak melihat kesakitan yg dihadapinya sampai satu saat hatiku berkata aku redha andai sudah sampai masa mu untuk pergi meninggalkan kami..Alhamdulillah Allah masih menyayangi kami untuk kami terus bersama dgn bonda tersayang..Ramadhan kali ni aku dpat rasa masakan dari air tgan bonda..walaupun bonda x sihat seperti dulu tapi aku bersyukur sangat2 kerana Allah masih memberi peluang untuk kami sekeluarga menyambut Ramadhan kali ni..bonda, ayah, i miss n love u so muchh....

Monday, August 17, 2009

Terengganu...

Esok aku akan ke terengganu..maybe 2 hari kot....so,tunggu citer next entry aku ya..huhuhuhuhuhu.............

Tuesday, August 11, 2009

Kisah bLM Biru....

Yuhuuuu.....lama btoi aku x update blog ni kan..huhuhuhu...bukan aper, lately ni serabut skit..dgn keta lg, insurans lg...ntah la...poning pale aden..aperpun kehidupan harian mesti diteruskan..hari ni aku g keja cm biasa..sampai kg gajah aku terus ker Petronas nak isi minyak keta ler..mlm td adik aku pkai keta, dia x isi mnyak..budak kecik ni sajer jer tau..then aku terus ke kaunter tuk bayar la...pastu maser nak isi mnyak tu tetiba org kat pam mnyak sebelah tu tegur aku..jom tengok aper yg dia tegur aku:

bLM biRu : hye..isi mnyak ker? maner keta awak?
aku : hye..keta?ni kan keta...
bLM biRu : i means ur saga like my car..
aku : saGa?ohh...accident kat ganu..(aku jwb ringkas cmtu jer sebab aku x kenal dia)
bLM biRu : patut la dah lama x nampak saga grey..pelik juga lama x selisih dgn saga grey tu..
aku : ohh...skrg saya pkai si comel ni sementara keta saya kat ganu..
bLM biRu : awak keja mana?saya selisih dgn awak hari2..saya keja kat pejabat perpaduan
aku : ohh...saya keja biasa jer..keja kat kedai bunga..k lah saya dah lambat nih..bye.
bLM biRu : ooo kedai bunga yer?

aku terus masuk keta...takut beb...aku tau dia mesti tau aku menipu dia ckp aku keja kat kedai bunga.aku lupa yg aku pkai tag staff uitm td...wakakakkaka...nasib la wahai si saga biru..actually sebelum ni maser keta aku x accident si saga biru ni bila selisih jer dgn aku pagi g keja or ptg maser balik keja dia msti high bim kat aku..aku pun pelik la,dia kenal aku ker,aku kenal dia ker?rsernya aku x kenal dia pon..sehingga la terjumpa kat petrol pam petronas pagi td mmg sah aku x kenal dia..arghh...biar la dia...
bila saga aku nak balik peRak ni?dah sebulan berpisah dgn aku..sedih tau..

Tuesday, August 4, 2009

Tensionnyerrrrrrrr...EON@INSURANS?

Arghhh..tensionnyer aku sejak akhir nih...eon ckp lain,pihak insurans ckp lain..maner satu aku nak dengar nih?maner satu yg betul?aku dah fed up la..aku tension sgt2 nih..mentang2 la owner jauh,sukati diorg jer nak buat aper..arrrgggghhh..serabutnyer otak aku nih....

Friday, July 31, 2009

Air mata ohh air mata...

hari ni cam biasa aku g keja kuar umah kul 6.50pg...lewat 5 minit ckit sebab baju tuk g keja hari ni, mlm td aku x iron siap2..so pagi ni kelam-kabut la..tgh driving on d way g keja ni tetiba air mata aku menitis....aku teringatkan cousin aku,haddif...dia baru 2 tahun stgah..ermm..haddif tu budak kecik yg gambar dgn aku dlm blog ni..dia mmg rapat sgt dgn aku...yer la maser mummy dia dlm pantang aku la jaga dia sebab maser tu pembantu rumah dia x sampai lg dari indon..that's y la gaknyer aku dan haddif mmg rapat giler..actually ptg smlm dlm kul 4 maser aku bz urusan check out peserta induksi,mummy si haddif ni sms aku ckp kak long,haddif admitted SMC..food poisioning..mlm td kat umah aku cal achik aku tu tnya cmner haddif...then aku ckp dgn haddif jap..dia terus ckp, "kak long..haddif pain...haddif nak go back.." adehh...sayu rasernya haty aku ni bila dgr suara dia...aku sayang sgt2 kat dia..semua org sayang dia...yer la dlm family kami dia sepupu ku yg paling bongsu..aku nak g tgk dia kat SMC hr ni tapi aku x boleh cuti sebab baru jer cuti lama hr tu g tganu...nak g pas balik keja ni sure drive mlm2..serik aku nak jln mlm lg sebab peristiwa kat tganu tu angkara aku jln mlm la..xnak aku benda yg sama berulang lg..(mintak dijauhi semua perkara tu..)..then aku decide g tgk dia hari sabtu jer...ermm....apsal la sejak akhir2 ni aku selalu sgt mengalirkan air mata yer pas kejadian tganu tu?bila aku nak cekalkan haty cm dulu nih?Ya Allah, cekalkan la hati hamba-Mu ini Ya Allah..aku insan yang lemah dan aku redha dgn segala ujian dan dugaan dari-Mu..sesungguhnya aku bersujud padaMu Ya Allah..

Thursday, July 30, 2009

Rindunyeeerrrrrrrrr...........

ermm...sedihnyer...tetiba jer menitis air mata nih...bila agaknyer my 'buah haty' akan kembali kat aku dan berkhidmat dgn ku semula? dah dekat 2 minggu rasernya my 'buah haty' kat Eon kuale tganu...rindunyerrrrr....aku raser pas g tgk dia kat eon kuale tganu sabtu lepas haty aku cekal la..rupanyer cekal sampai hari rabu jer, hari khamis dah mula menitis air mata plak...adehhh...bila la agaknyer aku nak jd cm dulu yer?ermmm....ntah la....nangis sokmo skrg nih..bila aku nak cekalkan haty..??

Tuesday, July 28, 2009

Cerita duka..

salam all....erm..lama ku x update blog ni..kekangan maser buatku terlupa nak update blog..hehehhe...lgpun ada beberapa perkara terjadi pada aku...
aku x sangka segala nyer akan terjadi...mmg aku x sangka..aku terkejut sangat2 sampai aku demam dan mc 2 hari...
aku accident...tapi syukur alhamdulillah kami satu family selamat..cuma kereta aku jer kena masuk workshop...skrg ada di Eon Bukit Kecil, Kuale Terengganu...Kuala Terengganu..jauh tu..tapi apakan daya aku terpaksa merelakan my buah haty tinggal kat saner dan aku balik ke peRak yang jauh beratus batu...sedih tu mmg la sedih tapi aku kena redha dgn segalanyer. aku trauma, sedih dgn aper yg terjadi..syukur alhamdulillah skrg aku makin ok cuma aku perlukan masa untuk jadi seperti dulu..teratai yg cekal haty..(eh,cekal ker haty aku nih)..hehehehe...
aper pun aku nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan ribuan terima kasih yg x terhingga pada azhar, elyas, aidil, degO, kak alia, geng TBC,geng PRK dan semua sekali yg mengambil berat,bg nasihat dan semangat pada aku..tanpa anda semua teratai pasti lemah dan terus down..
ermm...tetiba aku teringat satu sms dari seseorg yg aku terima..

" erm..x yah pk sangat yer awak..kalo leh redha semua tu Allah dah tentukan..dan Dia bg ujian utk teratai..mesti teratai akan raser lebih tenang..ape benda yg brlaku pun semua de hikmah kan..antara kte sedar @ x..antara cepat dan lambat je..yg penting teratai kena redha.."
" ...teratai kena lapangkan dada, redha ketentuan Allah dan pk mesti ada hikmah..nescaya hati teratai akan lebih tenang..kan..kan.."
ermm...yer...aku pasrah dan redha...thanks sebab bg sms cmtuh...lega ckit haty...hehehehe...siapa yg bg sms tuh?huhuhuhuhu...

Friday, July 24, 2009

Part 1...

salam all.....terlalu banyak yg ingin ku tulis di sini..ambik masa untuk ku ceritakan segala yang terjadi...buat rakan2 prosboc dan juga rakan kerja UiTM jutaan terima kasih ku ucapkan pada semua diatas segala pertolongan yg diberikan...hari ni aku ke Kuala Terengganu lagi nak uruskan segalanya..harap segalanya berjalan dgn lancar...to be continue..part 2..

Thursday, July 9, 2009

Tension..Runsing..Benci...

x boleh nak diluahkan sekarang..akan ku tulis dan luahkn disini bila hati ku dah tenang..

Sunday, July 5, 2009

Pelangi...

mlm ni sekali lagi Allah menguji aku..berdiam lebih baik dari berkata2...
bilakah pelangi petang akan muncul??

Saturday, July 4, 2009

PeLaNGi PeTaNG...

Bila agaknya pelangi petang tu akan muncul dan bersinar kembali seperti dulu?

Thursday, July 2, 2009

Sekadar Luahan...

aku x tau nak mulakan dari mana..semalam somebody wat aku sakit ati sgt2...sampai aku benci sgt2 kat dia..dan mlm ini pula insan lain betul2 menguji kesabaranku...aku masih boleh bersabar...mungkin berdiam diri lebih baik dari aku terus berkata2 dan menasihati dia..mungkin cara aku x sama dgn cara dia...aku raser dalam situasi yang amat tegang sekarang, biar aku yang beralah..mungkin itu jalan yang terbaik...

aku pasti satu hari nnt keadaan akan kembali seperti dulu dan dia juga seperti biasa, dia yang aku kenal dulu... andai dia terbaca aper yang aku tulis ni, aku nak dia tabah menghadapi segala dugaan kehidupan...

setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..dan aku?? biarlah begini meneruskan kehidupan ku dengan hari2 yang akan dtg.. life is short..

dia..?? dia masih kawan aku...tenangkan fikiran mu dulu wahai sahabat...selesaikan segalanya..aku tau kau x bermaksud begitu..aku faham...berat bagi mu memikul segala masalah..

mungkin mulai mlm ni,dia xkan dengar lagi aku ketawa dan juga gurau senda ku tp aku akan tetap mengingati dia setiap masa dan akan ku doakan kesejahteraan dia..
bukan maksud ku nak tinggalkan dia yg tgh ada masalah tapi aku nak dia fikir dan tenangkan jiwa dia...aku tau dia tgh berserabut...

Ya Allah ya Tuhanku, tabahkan hati hamba-Mu ini...aku insan yang lemah dan perlukan pertolongan dan petunjuk dari-Mu Ya Allah...

Tuesday, June 30, 2009

I hate u....

i hate u.....y you do like diz?i hate u so muchhhh...get out from my life...
i don't want to see you again...

Saturday, June 27, 2009

Sabtu...

  • Erm..pejam celik dah sabtu lagi rupanyer..raser kejap jer maser berlalu..
  • Kali aku ke mana pula?Jalan lagi,tgk org renovate my butik pengantin or juz dduk rumah?
  • actually start dr semalam aku tension sgt2..mcm2 hal berlaku..argghh..tension sgt2..
  • patutkah hari ni aku g release tension aku ni?tapi ke mana?ntah la...
  • smlm jugak,jumaat..aku langgar pantang kawan aku..hehehehehe..sori yer awak..

Tuesday, June 23, 2009

Mengalah..sepahit hempedu..?

Mengalah bukan bererti kalah...tapi mengalah untuk kebaikan dan kebahagiaan insan lain..salju hati sesalju embun dingin di pagi hari...

Lalalalalalalalala..

nothing 2 say...tp yg pasti kaki ku sakit..adehhh...terjatuh tadi..

Monday, June 22, 2009

Cameron Highland part 2..

Cameron Highland..penat jugak g cameron ni..kami naik hari sabtu pagi ikut tapah then balik ahad ikut simpang pulai..penat tu..sampai hari isnin pun terasa kepenatannyer..tp raser cm nak naik lg la cameron..bila yer?huhuhuhu...nnt..mungkin dgn kekasih hati kot..cewahhh..hahahahahha..mmg segar udara kat saner..plan awalnyer nak balik ptg sabtu tu tp tetiba my dad ckp overnight kat cameron la..mlm leh jln2 kat pasar mlm..lgpun badan penat la nak drive balik..so kami pun zZzZz la kat Hotel Parkland,Brincang..tgah bandar Brinchang..mlm mmg sejuk kat saner..tp best la dpt raser udara segar dari cameron..thanks to arie,saiful n alip mardi sbb jadi tour guide kami sepanjang group kami ada kat cameron..

Merenung jauh..cam xnak balik jer ni...huhuhuhu..


Jalan-jalan mlm di cameron..ni baru balik dari pasar mlm..badan dah penat pon masih tersenyum lg..ish3..

Cameron Highland



Erm....

Kanak-kanak riang..yg tudung kuning tu pun perasan budak2 lagik..ish3...sodar la kak oii...umo dah byk..hehehehe..

Bunga terbalik yg sama ku jumpa kat on d way balik dari Danau Toba,Indonesia..agaknyer bunga ni idup kat tempat sejuk jer kot..tp unik sgt bunga ni..

uiks...strawberry lagi...ni bukan ori tau..hehehhehe..

Jejak tapak strawberry...ni kat BiG Red Strawberry Farm..

Taman Cactus..cantiknyer..mcm2 cactus ada ni..

Strawberry..camerOn highland..


Landskap kat mardi..cantik sangat2..

cantik bangat..

Hotel Parkland,Brinchang...sini la kami ZzZzZz mlm tu..penat sgt...sejuk tau mlm2 kat cameron..